PENYANYI antarabangsa yang popular dengan gelaran Princess of Pop, Britney Spears membuat kenyataan kepada umum bahawa dia tidak akan kembali lagi ke industri muzik.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Britney membidas kenyataan beberapa media Amerika Syarikat yang membuat spekulasi bahawa dia sedang dalam proses menyiapkan album kesepuluhnya.
“Sebagai penjelasan, semua berita adalah sampah. Mereka terus menyatakan yang saya mendekati beberapa orang untuk menerbitkan album baharu.
"Saya tidak akan kembali ke industri muzik,” kongsinya menegaskan isu tersebut.
Walaupun mengambil keputusan untuk tidak kembali ke industri muzik dengan album baharu, ibu kepada dua cahaya mata ini terus berkhidmat sebagai penulis lagu dan dia sudahpun memberikan 20 karyanya kepada beberapa pihak.
“Bila saya menulis, saya menulis untuk menggembirakan hati atau saya menulis untuk orang lain.
"Bila menulis saya menulis dengan nama lain agar tidak dikenali dan sejujurnya saya suka perkara ini,” tambahnya lagi.
Selain itu, Britney turut menyentuh isu mengenai buku autobiografinya yang dilancarkan tahun lalu.
Ujarnya, “Ada pihak yang menyatakan bahawa buku saya diterbitkan tanpa kebenaran saya secara sah.
"Perkara ini tidak benar. Adakah anda membaca berita sejak kebelakangan ini. Saya berasa sangat dicintai dan dirahmati.” -Media Hiburan
Media Hiburan
Sun Jan 07 2024
Britney Spears umum tidak akan kembali lagi ke industri muzik. -Media Hiburan
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Saya tahu saya mengecewakan', Justin Timberlake mohon maaf daripada Britney Spears dan Janet Jackson
Timberlake menyatakan sedemikian menerusi akaun Instagramnya selepas menerima kritikan pada minggu ini di media sosial dan media arus perdana.
Akhirnya... Britney Spears keluar pusat rawatan mental
Penyanyi berusia 37 tahun itu telah berehat secukupnya dan bersedia menjalani kehidupan harian seperti biasa.